Tekad Mitrovic bantu Serbia kejutkan England

Mitrovic. Foto Agensi
Mitrovic. Foto Agensi
A
A
A

PELEDAK berbisa kelab Pro Saudi, Aleksandar Mitrovic mahu membantu Serbia melakar kejutan ke atas England dalam aksi Kumpulan C Euro 2024 di Arena Veltins awal pagi Isnin.

Berbekalkan reputasi 40 gol daripada 43 penampilan bersama Al-Hilal, pemain berusia 29 tahun itu percaya mampu melakukan sesuatu buat pasukannya.

"Setakat ini saya merasakan yang terbaik dalam karier secara fizikal dan mental," katanya.

Mitrovic menghabiskan lapan tahun di England dengan menyertai Newcastle dan Fulham sebelum berkelana ke Arab Saudi setahun lalu.

"Saya bermain lebih banyak (Liga Pro Saudi) berbanding ketika bersama Fulham. Malah saya juga beraksi dalam pasukan terbaik dan menjaringkan banyak gol.

"Saya bermain hampir setiap perlawanan. Jika anda meletakkannya dengan banyak kemenangan maka saya boleh teruskan untuk bermain seperti itu untuk negara saya," katanya.

Mitrovic juga merupakan penjaring terbanyak Serbia sepanjang zaman apabila menjaringkan 58 gol dalam 91 penampilan.

Beliau turut melakar kecemerlangan di Arab Saudi apabila membantu Al Hilal mengekalkan rekod tanpa kalah untuk memenangi gelaran Liga Pro Saudi selain merangkul Piala Super dan Piala Raja.

Artikel Berkaitan:

Gandingan Mitrovic dengan penyerang Juventus, Dusan Vlahovic menjadi petunjuk kepada sejauh mana Serbia mampu melangkah di Jerman dalam kejohanan Eropah pertama mereka sebagai negara merdeka.

Bagaimanapun berdasarkan prestasi Serbia dalam saingan kelayakan mungkin tidak menimbulkan gerun kepada skuad The Three Lions.

Skuad kendalian Dragan Stojkovic itu hanya memenangi empat daripada lapan perlawanan kelayakan mereka, menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Hungary dan hanya tiga mata di hadapan negara jiran, Montenegro.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!