10 tahun tunggang motosikal tanpa lesen

Penunggang motosikal berkenaan ditahan dalam operasi Hari Raya Aidiladha 2024 berdekatan Plaza Tol PJS pada Khamis.
Penunggang motosikal berkenaan ditahan dalam operasi Hari Raya Aidiladha 2024 berdekatan Plaza Tol PJS pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal tanpa lesen sejak 10 tahun lalu terbongkar selepas ditahan dalam Ops Hari Raya Aidiladha 2024 berdekatan Plaza Tol PJS pada Khamis.

Lebih mengejutkan, motosikal yang ditunggang individu itu turut tamat cukai jalan dalam tempoh yang sama.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, lelaki berumur 40-an itu ditahan dalam operasi dijalankan kira-kira jam 10 pagi.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati individu terbabit tidak memiliki lesen memandu sejak 10 tahun lalu selain motosikal yang digunakan telah tamat cukai jalan.

"Perbuatan sebegini jelas sekali memberikan risiko bukan sahaja kepada individu terbabit malahan kepada penunggang jalan raya lain sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, operasi sama turut mengesan pelbagai kesalahan dilakukan pengguna di sini.

"Sebanyak 219 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan turut melibatkan pelbagai jenis kenderaan.

"Antara kesalahan yang ketara dikesan melibatkan pengguna adalah tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, operasi sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan pematuhan pengguna terhadap peraturan jalan raya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!