‘Saya ke Euro Jerman 2024 bukan untuk bercuti’ - Shaqiri

Xherdan Shaqiri Foto: AFP
Xherdan Shaqiri Foto: AFP
A
A
A

PEMAIN tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri menolak keraguan tahap kecergasannya menjelang perlawanan Kumpulan A Euro Jerman 2024 menentang Hungary di Rhein Energie Stadion, Cologne pada Sabtu.

Bekas pemain Bayern Munich dan Liverpool berusia 32 tahun itu kini sedang membuat persiapan penampilan ketujuh kejuaraan utama Eropah bersama Switzerland bersedia memainkan peranan utama.

Pengendali Switzerland, Murat Yakin sebelum ini dilaporkan menyuarakan keraguan mengenai keupayaan Shaqiri untuk bermain secara berturut-turut di Euro menyaksikan perkara itu dibangkitkan pada sidang media.

“Sejujurnya agak memalukan untuk menjawab soalan ini. Setiap pemain yang menyertai pasukan kebangsaan seboleh-boleh dan mahu bermain dalam tempoh minit permainan penuh.

“Tiada sesiapa sepatutnya hadir ke tempat kerja untuk bekerja separuh masa sahaja. Saya tidak nampak sebarang masalah dengan itu. Adakah (Yakin) benar-benar berkata demikian?

“Saya memberikan jawapan: “Saya di sini bersama pasukan kebangsaan kerana mahu bantu pasukan dan bermain sebaik mungkin. Saya tidak pergi ke Euro untuk bercuti,” kata Shaqiri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!