Gandingan Messi, Martinez buat Guatemala 'terciduk'

Gandingan padu Martinez, Messi di Syarikat 2024 di Stadium FedExField, Maryland. Foto: Agensi
Gandingan padu Martinez, Messi di Syarikat 2024 di Stadium FedExField, Maryland. Foto: Agensi
A
A
A

GANDINGAN Lionel Messi dan Lautaro Martinez memastikan Argentina menang 4-1 ke atas Guatemala dalam perlawanan pemanas badan terakhir menjelang Copa America Amerika Syarikat 2024 di Stadium FedExField, Maryland.

La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni berstatus penyandang juara Copa America terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan sendiri hasil Lisandro Martinez pada minit keempat perlawanan.

Bagaimanapun, angkatan Los Mayas asuhan Luis Fernando Tena mula ketinggalan apabila Messi juga kapten pasukan tampil meledak gol penyamaan minit ke-12.

Martinez kemudian memastikan Argentina memimpin separuh masa pertama apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39 untuk kedudukan 2-1.

Separuh masa kedua, Martinez, penjaring terbanyak Serie A Itali, menambah koleksi gol peribadi minit ke-66 selepas menyudahkan hantaran Messi sebelum pemain berusia 36 tahun itu tenang menutup cabaran Guatemala dengan gol minit ke-77 hasil bantuan gol Angel Di Maria.

“Kami menyasarkan gelaran tahun ini, kami akan berjuang untuk segala-galanya. Kami mengatakannya apabila Copa America berakhir pada 2021 dan apabila Piala Dunia berakhir,

“Kami akan cuba mempersiapkan diri untuk memulakan Copa America 2024 dengan cara yang terbaik dan semoga ia akan menjadi kegembiraan buat semua komuniti bola sepak Argentina,” kata Martinez.

Sebagai rekod Copa America yang berlangsung dari 21 Jun hingga 15 julai di Amerika Syarikat, menyaksikan anak buah Scaloni memulakan kempen Kumpulan A menentang Kanada pada Khamis sebelum menentang Chile pada 26 Jun dan Peru empat hari kemudian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!