[VIDEO] Si cilik bersemangat 'tunai haji'

A
A
A

IPOH - Seramai 780 kanak-kanak merasai pengalaman menunaikan haji menerusi Program Simulasi Haji Cilik yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.

Program yang berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu disertai 23 cawangan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Little Caliphs di seluruh Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International, Datuk Roslan Nordin berkata, program tersebut dilaksanakan sebagai memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai Rukun Islam kelima itu.

"Program ini bertujuan mengajar anak-anak anak kecil berusia enam tahun mengenai ibadah haji dan Kaabah, mereka juga diasuh disiplin untuk ada keinginan untuk menunaikan haji apabila besar nanti.

Seramai 780 kanak-kanak merasai pengalaman simulasi tawaf mengelilingi Kaabah sempena Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.
Seramai 780 kanak-kanak merasai pengalaman simulasi tawaf mengelilingi Kaabah sempena Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.

"Kita laksanakan program ini bagi menyuburkan rasa cinta kepada Islam dan memberi pengetahuan kepada anak-anak sekolah untuk menjadi umat bertakwa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak di sini.

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak yang terlibat turut melontar jamrah yang menjadi salah satu rukun haji ketika Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.
Kanak-kanak yang terlibat turut melontar jamrah yang menjadi salah satu rukun haji ketika Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.

Majlis perasmian program berkenaan disempurnakan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Sementara itu, Zamri yang ditemui menyambut baik program tersebut kerana dilihat mampu menyemai rasa cinta dan minat terhadap Rukun Islam Kelima kepada golongan itu dalam usia yang muda.

"Simulasi ini penting untuk mendidik anak-anak sejak awal lagi. Di samping itu kita boleh menerapkan daripada awal anak-anak ini nak pergi haji perlu menabung kemudian dikaitkan dengan perjuangan Mekah dan Madinah itu.

"Tempat-tempat ini perlu dizahirkan lebih awal lagi agar kita harapkan anak-anak ini dalam minda mereka untuk ajak ibu bapa mereka pergi ke Mekah dan Madinah dahulu," katanya.

Roslan (kiri) turut sama membantu kanak-kanak yang terlibat 'menunaikan haji' sempena Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.
Roslan (kiri) turut sama membantu kanak-kanak yang terlibat 'menunaikan haji' sempena Program Simulasi Haji Cilik 2024 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, kesemua kanak-kanak tersebut dibimbing 75 orang guru yang bertindak sebagai mutawif selain mereka turut lengkap berpakaian ihram dan bertelekung selain dibekalkan beg haji serta replika pasport.

Mereka juga diberi peluang untuk menjalani semua rukun haji termasuk melakukan tawaf pada replika Kaabah yang di letakkan di ruang solat utama masjid, melontar jamrah dan sebagainya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!