Penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

Remuk... Motosikal mangsa terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini, pada pagi Ahad.
Remuk... Motosikal mangsa terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini, pada pagi Ahad.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas memasuki laluannya membabitkan empat kenderaan di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini, pada pagi Ahad.

Dalam kejadian jam 7 pagi mangsa, Muhammad Syazwan Chairuddin, 28, yang bekerja sebagai operator Petronas Tangga Batu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian sebuah kereta Toyota Yaris yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Sungai Udang sedang menuju ke Masjid Tanah.

Namun menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu ejen perkapalan itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Impak kejadian itu, kereta terbabit telah bertembung dengan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh petugas perubatan manakala pemandu kereta Toyota tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Tambahnya, kemalangan itu turut membabitkan sebuah motosikal serta kereta lain namun kesemua mereka dilaporkan selamat.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!