Lagi dalang sindiket 'songlap' wang RM24.2 juta dari akaun simpanan bank ditahan

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang lagi dalang sindiket bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan diberkas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di Sabah, pada Jumaat.

"Setakat ini, kita telah menahan dua individu termasuk seorang kakitangan sebuah bank.

"Kita percaya lebih ramai individu terlibat dalam sindiket pakatan jenayah ini, usaha sedang dilakukan untuk menjejak dan menangkap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan, kakitangan bank berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu, Sabah, pada Khamis.

Ramli dilaporkan berkata, siasatan mendedahkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang berkaitan memandangkan ia hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman.

Polis menerima empat laporan polis berkait kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya, Selangor pada awal Jun.

Pengadu yang terdiri daripada pemilik akaun memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, melibatkan beberapa akaun simpanan tetap di bank tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kesemua pemilik akaun yang terlibat menafikan tentang perkara tersebut dan tidak pernah ke Kota Kinabalu bagi membuat pengeluaran sebagaimana didakwa.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!