Hasrat balik raya tak kesampaian, maut dirempuh ketika berehat tepi jalan

Lelaki berusia 24 tahun maut selepas di rempuh sebuah lori di di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Lelaki berusia 24 tahun maut selepas di rempuh sebuah lori di di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
A
A
A

LIPIS - Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa, Mohamad Suhamel Ismail, 24, merupakan penunggang motosikal, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, hasil siasatan mendapati pemandu lori berusia 29 tahun dari Klang, Selangor menuju ke Tanah Merah, Kelantan untuk menghantar muatan tilam.

Menurutnya, mangsa pula dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Kampung Bertam, Gua Musang, untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Apabila tiba di tempat kejadian iaitu bulatan Benta, lori terbabit (dikatakan) telah mengelak sebuah kereta yang rosak di tengah bulatan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

"Lori tersebut kemudian merempuh penunggang motosikal yang dipercayai sedang berehat. Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau memaklumkan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Selain itu, Ismail memohon kerjasama daripada mana-mana pihak yang melihat kejadian terbabit tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!