Peserta Road to Arafah #QuranHour tadabbur surah al-Hajj di Makkah

Jemaah haji semasa program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.
Jemaah haji semasa program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Jemaah haji Malaysia melakukan sesi tadabbur surah al-Hajj di Makkah sempena penganjuran program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.

Program tersebut sebagai memberi peringatan dan persediaan kepada peserta sebelum memulakan ibadah di Arafah.

Majlis berkenaan bermula dengan ucapan Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Hamdan Muhamad yang juga selaku petugas Tanah Suci.

Hamdan ketika menyampaikan ucapan sempena program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.
Hamdan ketika menyampaikan ucapan sempena program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.

Hamdan berkata, semua umat Islam perlu memahami konteks kehidupan bahawa apabila seseorang itu memulakan suatu perjalanan yang jauh, mereka pasti akan berdepan dengan pelbagai ujian.

“Sudah pasti kita akan diuji tetapi jiwa yang hebat, jiwa rohnya yang yakin dengan ALLAH SWT, ujian yang datang kepada kita, kita anggap itu sebagai anugerah ALLAH untuk pertingkatkan lagi keimanan kita.

“Kita balik ke rumah kita, kita balik ke Malaysia nanti menjadi bukan sahaja soleh untuk diri kita, tetapi kita muslih masyarakat, keluarga dan negara kita, insya-ALLAH,” katanya.

Hamdan (kanan) bersama jemaah haji semasa program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.
Hamdan (kanan) bersama jemaah haji semasa program Road To Arafah #QuranHour Anda Terpilih pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Program yang berlangsung di sebuah hotel di Makkah itu turut dihadiri Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail yang berperanan sebagai pentadabbur dalam acara tersebut.

Program berkenaan juga bersiaran secara langsung menerusi platform digital My #QuranTime pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!