Ikuti Arafah #QuranHour beri makna besar buat diri

Aishah tengah bersama dua anak saudaranya, Qhalishah Ahmad Arshad,15, (kiri) dan Siti Nur Surfina Ahmad Arshad,11(kanan) mengikuti Arafah #QuranHour di sebuah homestay di Batu Kurau,Perak.
Aishah tengah bersama dua anak saudaranya, Qhalishah Ahmad Arshad,15, (kiri) dan Siti Nur Surfina Ahmad Arshad,11(kanan) mengikuti Arafah #QuranHour di sebuah homestay di Batu Kurau,Perak.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang guru KAFA di Tokai di sini mengikuti Arafah #QuranHour yang berlangsung selama sejam bersama dua anak saudaranya.

Siti Aishah Arshad, 56, berkata, dia mengikuti program terbabit secara dalam talian di sebuah Homestay di Batu Kurau,Perak.

"Saya pada mulanya tak ada perancangan pun nak ikut adik sekeluarga beraya di sini, tapi dah alang-alang ikut mereka, anak-anak saudara pun ada sekali, saya pun ajak la mereka baca al-Quran bersama," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurutnya, berpeluang mengikuti Arafah #QuranHour memberi makna yang besar buat dirinya.

"Terasa macam berada di Tanah Suci bila hari Arafah sebegini dapat peluang membaca dan menghayati surah al hajj & al-Jumu'ah.

"Sebelum ini pun saya beberapa kali ada ikuti program #QuranHour, tapi kali ini lebih bermakna," katanya.

Jelasnya, dia mengetahui mengenai program terbabit melalui Facebook sebelum ini.

"Saya ada tengok kawan saya kongsi tentang program Arafah #QuranHour ini, mula-mula tu saya tengok banyak kali juga risau 'scammer'.

Artikel Berkaitan:

"Tapi bila dah semak dan saya yakin jadi saya terus daftar sebab program ini datang sekali sahaja," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!