Aidiladha: KPDN Kuala Lumpur periksa bekalan bahan mentah

Anggota KPDN Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan bahan mentah di premis sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad.
Anggota KPDN Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan bahan mentah di premis sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan 163 pemeriksaan barang keperluan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha, bekalan petrol dan diesel di ibu negara.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pemeriksaan dilaksanakan pihaknya dalam tempoh dua hari pada Sabtu dan Ahad lalu.

"Sebanyak 15 premis perniagaan di sekitar pasar Chow Kit diperiksa berkaitan bekalan bahan mentah, harga barangan dan penggunakan alat timbang berikutan lokasi tersebut adalah tempat tumpuan pengguna di sekitar Kuala Lumpur bagi memperolehi bekalan bahan mentah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ariffin
Ariffin

"Pemeriksaan yang dijalankan adalah untuk memastikan harga bahan mentah tidak dinaikkan sesuka hati, di samping memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan yang tinggi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bekalan adalah mencukupi, tanda harga dipamerkan dengan jelas, manakala alat timbang dan sukat masih dalam tempoh sah.

KPDN Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan bahan mentah di premis sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad.
KPDN Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan bahan mentah di premis sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad.

Katanya, peniaga juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi perundangan yang sedang berkuat kuasa.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, kata Ariffin, pada tahun ini sepanjang Januari sehingga Ahad (16 Jun), sebanyak 68,340 premis perniagaan telah diperiksa.

"Nilai rampasan direkodkan berjumlah RM 2,117,275.13 serta RM 97,800 nilai kompaun dikenakan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!