Raikan Aidiladha dengan keinsafan, terus doakan Gaza
SHAH ALAM - Hari ini bergema takbir menandakan bermulanya sambutan Aidiladha di negara ini.
Malah umah Islam di seluruh dunia menyambut perayaan itu tengah-tengah perang dahsyat yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Aidiladha ini tidak membuat kita lupa rakyat Palestin yang masih berjuang untuk meneruskan kehidupan ekoran kekejaman rejim Zionis yang berlarutan hampir 10 bulan tanpa henti.
Malah ketika umat Islam lain sedang sibuk melakukan persediaan, golongan itu menyambut Aidiladha dalam serba kekurangan dan penuh ketakutan kerana serangan tanpa henti tentera Israel semakin ganas.
Dilaporkan serangan terbaharu minggu lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 34 penduduk Palestin terbunuh termasuk seorang bayi di al-Tuffah, Kota Gaza, yang menyebabkan 30 lagi cedera.
Tidak cukul dengan itu, sekatan Israel juga menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini.
Ketika kita di Malaysia melalui kehidupan yang aman dan harmoni, jangan dilupakan mereka di Gaza.
Teruskan berdoa untuk mereka di Palestin dan raikan Aidiladha kali ini dengan penuh keinsafan serta hayati nilai-nilai pengorbanan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!