Akauntan rugi RM2.2 juta terpedaya pelaburan saham

Ketua Polis Johor Komisioner
M.Kumar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Foto Bernama
Ketua Polis Johor Komisioner M.Kumar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.

Kejadian bermula pada Disember tahun lalu apabila lelaki tempatan berusia 75 tahun itu menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp berkaitan pelaburan pembelian saham.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, tertarik dengan pesanan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, mangsa mengikut arahan dengan memuat turun dan mendaftar di aplikasi itu.

"Mangsa seterusnya memulakan pelaburan pada Mei dan Jun lalu dengan memasukkan wang ke beberapa akaun bank atas arahan suspek.

"Melihat status pelaburan di aplikasi yang diberikan mencatatkan keuntungan berjumlah RM12.9 juta membuatkan mangsa teruja dengan keuntungan yang dipaparkan dan mahu mengeluarkan wang tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Kumar memberitahu suspek mengarahkan mangsa perlu membayar komisen berjumlah RM1.6 juta terlebih dahulu.

"Tindakan itu membuatkan mangsa telah mengesyaki dirinya ditipu dan bertindak membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!