Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP

Tangkap layar di media sosial menunjukkan dua ekor lembu terlepas di LDP dan seekor daripadanya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan.
Tangkap layar di media sosial menunjukkan dua ekor lembu terlepas di LDP dan seekor daripadanya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua ekor lembu yang berkeliaran di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat sini pada Ahad dipercayai terlepas dari kawasan surau berhampiran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video tular di aplikasi media sosial Facebook yang dimuat naik pemilik akaun, Mohd Nooramin memaparkan dua ekor lembu yang terlepas di lebuh raya terbabit.

Beliau berkata, berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Produa Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.

"Kejadian ini dipercayai berlaku ekoran dua ekor lembu tersebut telah terlepas dari kawasan surau berhampiran dan masuk ke LDP berhampiran Paradigm Mall menghala ke Puchong.

"Hasil siasatan awal mendapati insiden ini telah menyebabkan satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

"Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shahrulnizam berkata, pihaknya memohon perakam insiden berkenaan untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Menurutnya, individu perakam kejadian terbabit turut diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan di bawah Undang-Undang 33(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!