Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia

Hannah (Laporan Sinar Harian pada Ahad.)
Hannah (Laporan Sinar Harian pada Ahad.)
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah atas kejayaan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 semalam.

"Tahniah kepada Lee Zii Jia kerana memenangi Terbuka Australia 2024. Kekalkan momentum! #RoadtoGold," katanya menerusi laman Fackbooknya pada Isnin.

Pada aksi final di Quaycentre di Sydney Olympic Park itu, bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.

Ia juga gelaran kedua Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Thailand 2024.

Zii Jia sebelum ini secara rasmi telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Turut mengikuti langkah beliau ialah perseorangan wanita, Goh Jin Wei serta tiga beregu lain iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!