Tuduhan mengintip: Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia 26 Jun ini
MOSCOW - Perbicaraan seorang wartawan Wall Street Journal (WSJ) yang ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip akan berlangsung pada 26 Jun di bandar Yekaterinburg, menurut mahkamah wilayah Sverdlovsk pada Isnin.
Pendengaran kes terhadap warga Amerika Syarikat, Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup, lapor Agensi Anadolu.
"Mahkamah Wilayah Sverdlovsk telah menerima kes warganegara Amerika Syarikat, Evan Gershkovich.... Proses itu akan berlangsung secara tertutup. Sidang pertama pendengaran kes dijadual pada 26 Jun. Hakim Andrey Mineev akan mempertimbangkan kes itu," kata kenyataan akhbar itu.
Gershkovich ditahan di Rusia pada Mac 2023 atas tuduhan pengintipan.
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan menuduh wartawan itu mengumpul rahsia negara mengenai kompleks industri ketenteraan.
Gershkovich dan WSJ menafikan dakwaan terbabit, menegaskan bahawa dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan. Bernama-Anadolu
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!