Khianat rumah jiran, lelaki alami masalah mental ditahan

Polis menerima laporan daripada seorang penjawat awam mendakwa tombol pintu rumahnya kemek dan rosak akibat perbuatan khianat lelaki tersebut. Foto PDRM.
Polis menerima laporan daripada seorang penjawat awam mendakwa tombol pintu rumahnya kemek dan rosak akibat perbuatan khianat lelaki tersebut. Foto PDRM.
A
A
A

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun ditahan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap rumah jirannya di Jalan Persiaran Ampang Ukay, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang penjawat awam mendakwa tombol pintu rumahnya kemek dan rosak akibat perbuatan khianat lelaki tersebut.

Beliau berkata, ekoran perbuatan khianat itu, suspek yang merupakan penghuni di kondominium tersebut ditahan pada jam 10.15 malam, Jumaat lalu.

"Pihak polis merampas sebatang besi bagi membantu siasatan.

"Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu kesalahan jenayah.

"Suspek dipercayai tidak bekerja dan disyaki mengalami masalah mental," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, permohonan reman selama empat hari ke atas suspek telah diperoleh daripada Mahkamah Ampang sehingga Selasa, namun dilanjutkan lagi sehingga Jumaat ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kianat.

Artikel Berkaitan:

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya-duanya sekali.

"Orang ramai diingatkan untuk tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan kianat terhadap harta benda orang lain," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!