[VIDEO] Nahas rombongan guru: Polis dalam proses lengkap kertas siasatan

A
A
A

KUANTAN - Polis masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden kemalangan jalan raya antara sebuah bas persiaran dan treler di Kilometer 126, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di Rompin, pada 9 Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk dilengkapkan sebelum dituduh di mahkamah.

Laporan Sinar Harian pada 9 Jun lalu.
Laporan Sinar Harian pada 9 Jun lalu.

"Semua itu dalam tindakan dan kita pun masih merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang di sini pada Selasa.

Beliau memaklumkan, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Jelasnya, bagaimanapun pemandu bas berkenaan akan dituduh selepas kertas siasatan dilengkapkan.

Noor Hisam (kanan) bercakap kepada pihak media ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang di sini pada Selasa.
Noor Hisam (kanan) bercakap kepada pihak media ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang di sini pada Selasa.

Sebelum ini, empat dilaporkan maut termasuk dua guru dan seorang kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka dalam kejadian kemalangan itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama kakitangan dan keluarga mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!