Resort Warisan Pahlawan

A
A
A
Kira-kira 20 tahun lalu, ahli keluarga Tun Ahmad Tun Abdullah, 65, dan rakan-rakan menganggap beliau gila kerana sibuk mencari barang-barang lama bagi membina rumah tradisional Melayu Terengganu yang asli.

Akan tetapi, demi cintanya terhadap seni bina warisan Terengganu itu, Tun Ahmad memekakkan telinga dan meneruskan usaha merealisasikan impiannya.

Memanfaatkan kawasan seluas kira-kira sehektar, Tun Ahmad yang lebih mesra dipanggil Pak Tun, membina satu demi satu rumah terbabit hingga berjaya mendirikan keseluruhan lapan buah rumah tradisional Terengganu yang masing-masing menampilkan ciri berbeza.

Dinamakan Resort Warisan Pahlawan, "perkampungan" ini terletak di Kampung Pauh, Jenagor, Hulu Terengganu, iaitu kira-kira 46 kilometer dari Kuala Terengganu atau satu jam memandu, dan beroperasi sejak 2010.

Setiap rumah dinamakan bersempena dengan nama pahlawan Melayu, pejuang kemerdekaan serta ulama terkenal Terengganu, antaranya Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Pulau Manis (ulama Terengganu).
Artikel Berkaitan:


Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Teater 'Haji Murat'

No Image Caption
GALERI

Cuaca mendung, hujan dan ribut petir

No Image Caption
GALERI

Tahun Melawat Perak 2024

No Image Caption
GALERI

Arca berbentuk manusia