'Hentikan serta-merta tindakan disiplin terhadap Zuraida'

Kenyataan media bersama yang menuntut supaya tindakan disiplin terhadap Zuraida dihentikan serta-merta.
Kenyataan media bersama yang menuntut supaya tindakan disiplin terhadap Zuraida dihentikan serta-merta.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 44 wakil rakyat termasuk pemimpin kanan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut supaya tindakan disiplin yang dimulakan terhadap Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin dihentikan serta-merta dan diselesaikan secara baik.

Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu berpendirian bahawa tindakan dan tekanan mendesak pemecatan Zuraida adalah bermotifkan ‘mala fide’ kerana cemburu terhadap kejayaan dan ketokohan beliau sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Empat pemimpin kanan berkenaan ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tiga Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju.

Senarai MPP ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Amiruddin Shari, Datuk Mohamad Rashid Hasnon, R Sivarasa, Rahimah Majid, Zakaria Abdul Hamid, Radzlan Jalaluddin dan Datuk Dr Mansor Othman.

Ahli MPP lain ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, Hee Loy Sian, Elizabeth Wong, Datuk Seri Edmund Santhara, Azmizam Zaman Huri dan Gan Pei Nei.

Sementara wakil rakyat terdiri daripada Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang; Ahli Parlimen Tebrau, Steven Chong Shiao Yoon; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin; Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Senarai lain ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham; ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha; ADUN Batu Lintang, See Chee How; ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman; ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli; ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Dengkil, Borhan Aman Shah; ADUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar dan ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full.

Turut serta ADUN Ampangan, Datuk Dr Rafaie; ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim; ADUN Lunas, Dr Azman Nasruddin, ADUN Sidam, Dr Robert Ling; ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis; ADUN Kuala Kurau, Datuk Yunus Jamhari; ADUN Lantikan Sabah, Jaffari Waliam; ADUN Machap, Datuk Ginie Lim dan ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin

Apa yang saya katakan adalah benar, kata Zuraida

Menurut mereka, dalam perkembangan terbaru, aksi demonstrasi dilakukan beberapa pihak yang mendesak supaya Zuraida melepaskan jawatan bukan sahaja mencalar dan menjejaskan imej parti tetapi juga kerajaan.

"Kenyataan terbuka beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) pada 19 Januari 2020 yang mendesak pemecatan Zuraida tambah mengeruhkan lagi keadaan memandangkan kita telah bermuafakat untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang provokatif secara terbuka.

"Tekanan dan gangguan terhadap beliau adalah tindakan selektif, berat sebelah dan berprasangka buruk.

"Tindakan ini hanya ditujukan terhadap sesetengah anggota parti tanpa menghiraukan beberapa tindakan provokatif lain yang dilakukan beberapa pimpinan dan anggota lain yang berterusan mengeluarkan kenyataan memecahbelahkan parti," katanya.

Mengulas lanjut, mereka berkata, presiden dan pimpinan PKR perlu bertanggungjawab untuk memainkan peranan menerajui tahun 2020 dengan semangat dan iltizam baharu yang memberi fokus kepada usaha penyatuan dan menyemarak perpaduan parti.

"Kami dengan ini sebulat suara menggesa semua pihak untuk menghentikan segala tindakan yang menggugat perpaduan anggota dan cuba meremehkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti.

"Sekiranya tindakan ini tidak dihentikan, kami akan membincangkan tindakan selanjutnya berdasarkan prinsip-prinsip perjuangan keadilan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!