Siri HONOR 200 dinamakan sebagai ‘Flagship Estetik AI’

No Image Caption
A
A
A

Tahun ini, telefon pintar berkemampuan Kecerdasan Buatan (AI) telah menjadi topik yang hangat. Antara jenama peranti pintar AI yang kini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat di seluruh dunia adalah HONOR.

Tampil dengan Siri HONOR 200 terbaharu ini, ia bukan sahaja menampilkan kamera, skrin, dan hayat bateri berkelas flagship, tetapi juga dilengkapi dengan ciri AI yang popular.

Pengalaman AI dalam siri HONOR 200 ini adalah berasaskan keupayaan AI dari MagicOS 8.0 dan Android 14. Teknologi teras AI HONOR telah dibawa ke siri HONOR 200, termasuk:

1. Potret AI: Hasil kerjasama dengan Studio Harcourt

Siri HONOR 200 telah bekerjasama dengan Studio Harcourt pada peringkat teknikal, memanfaatkan kemampuan pengesanan cahaya dan bayang Harcourt untuk menangkap gambar potret bertaraf studio.

Dengan sokongan teknologi AI HONOR, siri HONOR 200 boleh melaraskan cahaya, warna, dan komposisi secara automatik, menjadikan setiap foto penuh dengan elemen artistik.

Kedua-dua HONOR 200 dan HONOR 200 Pro dilengkapi dengan sistem tiga kamera utama, termasuk kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP, dan kamera ultra lebar & makro 12MP.

Versi Pro turut menggunakan sensor H9000 yang sama seperti dalam Magic6 Pro.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ciri AI Motion Sensing, yang merupakan ciri utama siri HONOR Magic, kini boleh juga digunakan pada HONOR 200 Pro.

No Image Caption

2. AI Magic Portal: Ciri AI Flagship untuk peranti midrange

Dengan bantuan AI, Magic Portal dapat memahami dan mentafsir mesej dan tingkah laku pengguna dengan bijak, memudahkan mereka mencari item seperti alamat serta imej dengan hanya menyeret dan melepaskannya daripada satu aplikasi ke aplikasi lain.

Contohnya, apabila pengguna menemui gambar pakaian yang cantik di media sosial, Magic Portal membolehkan mereka mencari item yang sama di platform e-dagang dengan mudah hanya dengan satu seretan, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih lancar.

Pada masa ini, ciri berkenaan menyokong pelbagai aplikasi Google, termasuk Peta Google, WhatsApp, Gmail, Carian Google, Facebook, Instagram, dan X (Twitter), serta aplikasi lain seperti TikTok, WeChat, dan Taobao.

3. Ciri AI yang lebih praktikal: Flagship Estetik AI terbaik

AI Blur Private Info: Mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan nombor hubungan, memudahkan perkongsian tangkapan skrin perbualan dengan selamat.

AI Circadian Night Display: Melaraskan suhu warna skrin berdasarkan tabiat pengguna untuk mengurangkan cahaya biru, membantu meningkatkan kualiti tidur.

AI Natural Tone 2.0: Menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya persekitaran, memberikan pengalaman visual yang alami dan konsisten setiap masa.

No Image Caption

Harga dan spesifikasi terbaik dalam kelasnya

Harga Siri HONOR 200 bermula dari RMXXXX, dengan versi Pro menawarkan spesifikasi flagship manalaka versi Standard menawarkan spesifikasi terbaik dalam kelasnya.

HONOR telah melancarkan siri HONOR 200 secara rasmi dan ia juga merupakan kali pertama HONOR Malaysia memperkenalkan versi Pro bagi siri N.

Selain ciri AI praktikal yang disebutkan di atas, siri HONOR 200 kali ini turut dipuji oleh media teknologi yang menganggapnya sebagai ‘Flagship Estetik AI’, dengan peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya, HONOR 90.

No Image Caption

Kedua-dua HONOR 200 dan HONOR 200 Pro dilengkapi dengan bateri Silicon Carbon 5200mAh, pengecasan SuperCharge 100W, pembesar suara stereo dan sistem dwi anti-goyang OIS dan EIS, menjadikan semua spesifikasi flagship ini berada dalam peranti midrange.

HONOR 200 Pro dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8s Gen 3, 12GB RAM dan 512GB ROM, dengan harga RM2699.

Versi standard HONOR 200 adalah pilihan yang lebih berbaloi untuk dibeli. Dengan harga yang hampir sama seperti generasi sebelumnya, ia turut hadir dengan 12GB RAM, tiga kamera utama 50MP, bateri 5200mAh, pengecasan pantas 100W dan pembesar suara dwi.

No Image Caption

Terdapat juga dua pilihan dari segi ROM, iaitu 256GB berharga RM1899 dan 512GB berharga RM2199.

Pra-pesan sekarang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,078, termasuk rebat RM200 (termasuk deposit RM20), HONOR Earbuds X6, dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!