4 sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di Vietnam
HANOI - Empat sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Bac Kan utara Vietnam awal pagi Selasa, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Dalam kejadian pada 12.30 pagi (1730 GMT) waktu tempatan, lima beranak dikatakan sedang tidur sebelum tanah runtuh menimbus sepenuhnya rumah mereka.
Empat daripada mereka termasuk bayi berusia sebulan terkorban dan hanya seorang berjaya menyelamatkan diri.
Taburan hujan di wilayah itu direkodkan sekitar 90 milimeter (mm) dari 8 malam pada Isnin hingga 6.30 pagi pada Selasa, lapor Agensi Berita Vietnam.
Menurut Pejabat Perangkaan Am negara, bencana alam menyebabkan 39 orang maut dan hilang dari Jan hingga Mei. - Bernama-Xinhua
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!