Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur

Pelaku dipercayai mengalami gangguan jiwa dan polis kini sedang memburunya. (Gambar hiasan) Foto Agensi
Pelaku dipercayai mengalami gangguan jiwa dan polis kini sedang memburunya. (Gambar hiasan) Foto Agensi
A
A
A

SERANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dibunuh bapa kandungnya ketika sedang nyenyak tidur.

Mangsa dibunuh suspek berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Agus, di rumah mereka di Kampung Cibarugbug, Desa Citaman, Kecamatan Ciomas, Kabupaten Serang pada Selasa.

Kejadian berlaku ketika mangsa, ibu dan pelaku sedang tidur bertiga di bilik tidur.

Menurut ibu mangsa, Herawati, 26, yang juga saksi utama kejadian, dia terkejut selepas percikan darah terkena ke badannya.

"Saya terbangun selepas merasakan terkena percikan 'sesuatu', tatkala itu saya melihat suami memegang sebilah parang dan tangannya berlumuran darah, melihat saya tersedar suami lantas pergi," katanya lapor iNews Banten.

Dalam kejadian terbabit, kanak-kanak malang itu dipercayai dikelar lehernya sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelas Herawati, selepas tersedar dan melihat keadaan anaknya, dia terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Ciomas.

Bagaimanapun, anaknya ketika itu sudah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, polis kini giat memburu pelaku yang dipercayai menyembunyikan diri setelah kejadian berkenaan.

"Kami masih memburu pelaku, maklumat yang kami peroleh daripada keluarga mangsa, dan penduduk setempat bahawa dia mengalami gangguan jiwa, " kata Ketua Polis Kecamatan Ciomas, Iptu Fridy.- Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!