Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat petang ini

Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang pada Selasa. Gambar hiasan
Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang pada Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan beberapa daerah di negeri Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak serta Sabah.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Infografik dikongsi MetMalaysia di laman Facebooknya pada Selasa
Infografik dikongsi MetMalaysia di laman Facebooknya pada Selasa

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata agensi itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!