Ismail Sabri terima jemputan makan tengah hari bersama Putera Salman

Ismail (kanan) bersalam dengan Putera Salman semasa menerima jemputan makan tengah hari di istana baginda di Mina.
Ismail (kanan) bersalam dengan Putera Salman semasa menerima jemputan makan tengah hari di istana baginda di Mina.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima jemputan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman di istana baginda di Mina.

Ismail menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jemputan berkenaan melibatkan pemimpin-pemimpin daripada negara lain yang turut menunaikan ibadah haji.

“Dari Malaysia, saya dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijemput hadir.

Pemimpin-pemimpin negara lain yang hadir semasa makan tengah hari di istana Mina.
Pemimpin-pemimpin negara lain yang hadir semasa makan tengah hari di istana Mina.

“Terima kasih kepada Putera Mahkota Mohammed Salman di atas jemputan ini.

“Ia melambangkan hubungan persaudaraan yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi,” katanya pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!