Satu jam redah laut untuk dapatkan rawatan di Hospital Kudat

Seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami pendarahan di kepala terpaksa meredah lautan selama satu jam bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Pulau Banggi, di sini pada Isnin.

A
A
A

KUDAT - Seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami pendarahan di kepala terpaksa meredah lautan selama satu jam bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Pulau Banggi, di sini pada Isnin.

Mohammad Ahnaf Abdullah, 5, dikejar ke hospital menerusi bantuan aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) telah dilaksanakan menggunakan aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot ADAL 03.

Menurutnya, bantuan diberikan selepas pihaknya menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi kira-kira jam 2 petang.

Mohammad Ahnaf Abdullah, 5, dikejar ke Hospital Kudat menerusi bantuan aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat.
Mohammad Ahnaf Abdullah, 5, dikejar ke Hospital Kudat menerusi bantuan aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat.

"Pesakit mengalami kecederaan serius di kepala menyebabkan pendarahan dan keretakan tengkorak kepala akibat kemalangan dan perlu segera dikejarkan ke Hospital Kudat.

"Mangsa diiringi ibunya dan seorang staf kesihatan tiba di Jeti Marina pada jam 3.05 petang dan seterusnya dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Maurice berkata, kanak-kanak itu dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut oleh doktor pakar sehingga keadaannya stabil.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!