Jerman waspada kebangkitan Hungary

Musiala (tengah) meraikan jaringan kedua bersama Wirtz (kiri) dan pemain pertahanan Joshua Kimmich semasa aksi Jerman menentang Scotland di Munich. Foto AFP
Musiala (tengah) meraikan jaringan kedua bersama Wirtz (kiri) dan pemain pertahanan Joshua Kimmich semasa aksi Jerman menentang Scotland di Munich. Foto AFP
A
A
A

TUAN rumah, Jerman akan berdepan ujian sebenar Euro 2024 dalam usaha mengekalkan rentak kemenangan apabila bertemu Hungary di MHPArena pada Khamis.

Die Mannschaft membuka gelanggang di Allianz Arena dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Scotland yang beraksi 10 pemain selepas tonggak pertahanan Ryan Porteous dilayangkan kad merah pada minit ke-45.

Sebaliknya The Magyars kendalian Marco Rossi pula bermula dengan langkah kiri apabila dijinakkan Switzerland, 1-3 di Rhein Energie Stadion.

Pemain muda, Jamal Musiala dan Florian Wirtz memberikan sinar era baharu buat penyokong-penyokong Jerman apabila melakar kemenangan besar ke atas The Tartan Army tersebut.

Biarpun begitu Die Mannschaft juga masih terpalit memori pahit ditewaskan Hungary 0-1 di Leipzig dalam saingan Liga Negara-Negara pada September 2022.

Malah, Jerman tidak mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir menentang Hungary yang kini diketuai kapten muda yang juga pemain tengah Liverpool, Dominik Szoboszlai.

Selain itu, timbul juga kebimbangan pengendali Jerman, Julian Nagelsmann terhadap taktikal The Magyars apabila pemain bebas menentukan corak permainan tidak terlalu bergantung kepada formasi pasukan.

“Hungary adalah lawan yang menyukarkan, mereka kadangkala boleh bermaharajalela dan sukar dikawal.

Artikel Berkaitan:

"Semangat juang mereka terlalu tinggi,” kata Nagelsmann.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!