Durian belum gugur tetapi sudah ditempah

Abd Hadi menunjukkan jaring yang dipasang pada pokok durian kampung di dusunnya di Pekan Nanas.
Abd Hadi menunjukkan jaring yang dipasang pada pokok durian kampung di dusunnya di Pekan Nanas.
A
A
A

PONTIAN - "Belum gugur lagi, tetapi sudah ditempah pelanggan," kata Abd Hadi Ahmad Sani, 47, ketika ditemui di kebun duriannya di Kampung Sawah, Pekan Nanas.

Menurutnya, durian kampung dari pokok yang sudah mencapai usia hampir 100 tahun di kebunnya sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Pokok durian kampung berusia hampir 100 tahun menjadi tarikan.
Pokok durian kampung berusia hampir 100 tahun menjadi tarikan.

"Satu pokok durian kampung boleh berbuah antara 200 hingga 500 biji dengan, satu biji durian dianggarkan seberat dua kilogram.

"Lagi lama pokok, buah durian lagi sedap. Disebabkan itu, ramai yang mencari durian kampung di sini kerana kualiti buahnya," katanya.

Abd Hadi menjangkakan durian akan mula gugur pada Julai.
Abd Hadi menjangkakan durian akan mula gugur pada Julai.

Abd Hadi memberitahu, durian kampung di kebunnya dijangka gugur pada Julai nanti.

Jelasnya, selain membeli buah durian, pelanggan juga boleh menikmati keenakan raja buah di dalam dusun durian.

Artikel Berkaitan:

"Sambutan diterima sangat menggalakkan kerana pengunjung juga boleh memungut buah sendiri di dalam dusun," katanya.

Tambahnya, sejak konsep santai makan durian diperkenalkan sejak lapan tahun lalu, dusun durian miliknya yang turut dikenali sebagai dusun durian landak itu sering menjadi buruan peminat durian.

ABD HADI
ABD HADI

Katanya, pada musim durian luruh pada bulan Disember tahun lalu, dianggarkan hampir 3,000 orang mengunjungi dusunnya.

"Kedudukan dusun di Pekan Nanas berhampiran dengan Johor Bahru dan Iskandar Puteri menjadi faktor tarikan utama.

"Setiap tahun bilangan pengunjung yang datang semakin bertambah. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan keselamatan pelanggan termasuk topi keledar ketika mengutip durian," ujarnya.

Selain durian kampung pelbagai jenis buah durian berkualiti antaranya musang king, IOI dan udang merah turut ditanam di dusunnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!