Conceicao wira Portugal di Leipzig

Conceicao hadirkan tiga mata buat Portugal. Foto: Agensi
Conceicao hadirkan tiga mata buat Portugal. Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN gantian Francisco Conceicao memastikan kemenangan milik Portugal beberapa minit selepas dimasukkan ketika menjinakkan Czechia 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan F Euro 2024 di Stadium Red Bull Arena Leipzig pada Rabu.

Pemain sayap kelab Portugal, Porto berusia 21 tahun itu memanfaatkan peluang dari jarak dekat bagi gol minit ke-92 untuk melengkapkan kebangkitan pasukannya.

Czechia terlebih dulu mendahului perlawanan menerusi rembatan Lukas Provod pada minit ke-62 dalam perlawanan yang menyaksikan aksi seimbang kedua-dua pasukan.

Portugal diketuai Cristiano Ronaldo dalam penampilan keenam Euro pada usia 39 tahun kemudiannya bangkit memberikan tekanan untuk meraih kemenangan, dengan gol sendiri Robin Hranac minit ke-69 menyamakan kedudukan sebelum jaringan kemenangan dramatik Conceicao menyusul selepas itu.

Anak buah Roberto Martinez berpeluang memimpin perlawanan, namun video bantuan pengadil (VAR) membatalkan jaringan Diogo Jota minit ke-89 selepas Ronaldo berada dalam keadaan offsaid sebelum itu.

"Kami menunjukkan semua ketenangan dan ketabahan berpasukan dalam perlawanan ini.

“Kami tetap tenang biarpun ketinggalan bagi mencari jaringan penyamaan sebelum keyakinan untuk gol kemenangan hadir penghujung perlawanan.

“Nasib baik kami berjaya melakukannya dengan bantuan pemain yang dimasukkan, kami benar-benar menang sebagai satu pasukan,” kata pemain tengah Portugal, Vitinha.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!