Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya

Penduduk 'mengembalikan' sampah berkenaan ke rumah individu yang membuangnya.
Penduduk 'mengembalikan' sampah berkenaan ke rumah individu yang membuangnya.
A
A
A

SUMEDANG - Berang dengan sikap tidak bertanggungjawab kerana suka membuang sampah merata-rata, sekumpulan penduduk di sini 'mengembalikan' sampah berkenaan ke rumah individu tersebut.

Malah tindakan itu turut tular di media sosial selepas ia dimuat naik menerusi apklikasi TikTok.

Melalui klip tersebut, penduduk sekitar mengetahui alamat pelaku menerusi sebuah surat yang tertera maklumatnya, yang turut dibuang bersama sampah-sampah yang lain.

Sampah 'dikembalikan' dengan membuangnya semula di pekarangan rumah pelaku.- Agensi
Sampah 'dikembalikan' dengan membuangnya semula di pekarangan rumah pelaku.- Agensi

Sampah itu dikumpul di dalam beberapa guni dan dibuang semula di pekarangan rumah si pelaku.

"Akhirnya penduduk di kawasan berkenaan mendatangi rumah pelaku dan megembalikan sampah itu kepada 'tuannya'. Diharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada mereka yang bersikap sedemikian," ujar seorang warga maya.

Sementara itu media tempatan melaporkan, pelaku hanya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respons ketika berhadapan dengan tindakan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan juga tindakan penduduk itu dilakukan kerana di kawasan itu sudah disediakan kemudahan tong sampah besar, namun tidak dimanfaatkan oleh pelaku.- Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!