'Bekalan telur daripada pembekal hanya cukup-cukup' - Peniaga

Abdul Hadi menunjukkan jualan telur ayam dengan harga baru di Pasar Besar Ipoh.
Abdul Hadi menunjukkan jualan telur ayam dengan harga baru di Pasar Besar Ipoh.
A
A
A

IPOH - Peniaga menyarankan kerajaan untuk memantau bekalan telur ayam agar selari dengan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara.

Peniaga, Kok Siew Yan, 70, berkata, bekalan yang disediakan pembekal hanya sekadar cukup untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Sudah masuk hari kedua penjualan telur pada harga baru, jualan kami seperti biasa hanya melibatkan pelanggan tetap terutama peniaga dan pengunjung Pasar Besar Ipoh.

"Tetapi untuk tambah telur agak susah. Saya tempah 3,000 biji setiap hari untuk pelbagai gred tetapi pembekal hanya berikan 1,500 biji sahaja.

"Tiada penambahan diberikan, jadi jualan kami hanya cukup-cukup sahaja dengan sedikit keuntungan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Ipoh sini pada Selasa.

Siew Yan sedang menunggu pelanggan di gerai miliknya di Pasar Besar Ipoh.
Siew Yan sedang menunggu pelanggan di gerai miliknya di Pasar Besar Ipoh.

Bagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Sarah, kerajaan seharusnya memberi suatu tempoh kepada peniaga terlebih dahulu sebelum melaksanakan harga baru.

"Dengan pengumuman itu, kami tidak sempat menjual telur yang dibeli pada Ahad dan mengalami kerugian apabila tidak dapat menjual pada harga lama.

Artikel Berkaitan:

"Tambahan harga bagi telur gred D kini sudah sama dengan gred C. 900 biji telur gred D di kedai biasa dapat dijual dalam tempoh sehari kini sudah tidak boleh dijual melainkan turun harga," katanya.

Berkaitan dengan stok telur, tambahnya, bekalan yang diterima daripada pembekal hanya sekadar cukup sahaja.

"Difahamkan bekalan mungkin mengalami gangguan kerana ayam-ayam di ladang mula sakit. Itu sekadar khabar angin yang didengar," katanya.

Peniaga, Abdul Hadi Abdul Rahman, 24, berkata, penurunan harga runcit telur ayam tidak menjadikan jualannya 'laku keras'.

"Tiada pembelian luar biasa hari ini hanya biasa sahaja lagi pun pemberian subsidi pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Kami hanya tempah 20 papan telur ayam pelbagai gred setiap hari bagi jualan telur segar" katanya.

Media melaporkan kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

'Bekalan telur daripada pembekal hanya cukup-cukup' - Peniaga #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Perak #Telur #Bekalan #Peniaga #Harga

Breaking News, TV Shows, Report, Broadcast, Live, Serious, Business, World(1323125) - SAKUMAMATATA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!