Dua bilik asrama SMK kuala Nerang terbakar 90 peratus

Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.55 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' masih dijalankan di lokasi kejadian. Foto JBPM
Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.55 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' masih dijalankan di lokasi kejadian. Foto JBPM
A
A
A

PADANG TERAP - Dua bilik di aras tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, di sini terbakar hampir 90 peratus dalam satu kejadian pada jam 7.37 pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Aminuddin Khozali berkata, dua bilik tersebut adalah bilik penyimpanan barang stor dan tandas namun tidak melibatkan mangsa.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Negeri Kedah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut sebelum mengarahkan jentera dari BBP Kuala Nerang dan BBP Pokok Sena ke lokasi kejadian.

Selain bilik penyimpanan barang stor terbakar, turut terjejas tandas namun tidak melibatkanmangsa. Foto JBPM
Selain bilik penyimpanan barang stor terbakar, turut terjejas tandas namun tidak melibatkanmangsa. Foto JBPM

"Setiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kebakaran dua bilik asrama sekolah iaitu bilik penyimpanan barang stor dan satu bilik air berkelas A berkeluasan 20x20 kaki persegi bagi setiap bilik.

"Anggaran kemusnahan ialah 90 peratus dan tidak melibatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, operasi pemadaman tersebut menggunakan satu aliran 600 kaki dan dua pancutan daripada jentera BBP Kuala Nerang dan Pokok Sena.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 7.55 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' masih dijalankan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!