4 maut, 120 cedera gempa bumi landa timur Iran

Penduduk melihat keadaan rumah yang musnah dalam gempa bumi di timur Iran. Foto EPA
Penduduk melihat keadaan rumah yang musnah dalam gempa bumi di timur Iran. Foto EPA
A
A
A

TEHRAN - Sekurang-kurangnya empat maut dan 120 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di daerah Kashmar wilayah Razavi Khorasan di timur Iran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita IRNA.

Gabenor Kashmar Hojjatollah Shariatmadari berkata, gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer (3.7 batu) berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.

Dalam kejadian itu, dua rumah di daerah Kashmar dan perkampungan Zinde Jan rosak.

Mangsa yang cedera dirawat di lokasi kejadian, manakala sebahagian lagi dimasukkan ke hospital. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!