Remaja maut motosikal hilang kawalan

Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan hilang kawalan di Kilometer (KM) 19, Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Seri Alam, di sini, pada Selasa. Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan hilang kawalan di Kilometer (KM) 19, Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Seri Alam, di sini, pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan hilang kawalan di Kilometer (KM) 19, Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Seri Alam, di sini, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 3.40 pagi Selasa ketika lelaki warga tempatan berusia 19 tahun itu dalam perjalanan dari Kampung Bahru Majidee menghala ke Seri Alam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke lorong kanan jalan.

"Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), bagi menerima rawatan.

"Bagaimanapun, penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia sekitar jam 9.40 pagi pada Selasa, ketika menerima rawatan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!