Lelaki maut kemalangan dua kenderaan

Keadaan MPV Toyota Innova yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Foto JBPM Iskandar Puteri
Keadaan MPV Toyota Innova yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Foto JBPM Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di hadapan Legoland, Lebuh Persisiran Pantai JB-Nusajaya di sini, pada Selasa.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan sekitar jam 10.30 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan satu pasukan keluaran operasi melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Rapid Rescue Vehicle (RRV) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dengan kekuatan sembilan anggota bomba dihantar ke lokasi.

Keadaan kereta Volkswagen Passat yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. Foto JBPM Iskandar Puteri
Keadaan kereta Volkswagen Passat yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. Foto JBPM Iskandar Puteri

"Setibanya PKO ke lokasi didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Volkswagen Passat dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Innova.

"Pemandu kenderaan Toyota Innova iaitu seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tujuh lagi penumpang dalam kenderaan tersebut dihantar ke hospital dengan ambulans sebelum PKO tiba.

"Pemandu kereta Volkswagen Passat mengalami kecederaan dan turut dihantar ke hospital," katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.33, tengah malam Rabu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!