Forum Makanan Dunia seru kurangkan pembaziran, sokong chef muda

WFF pada Selasa mengumumkan minggu aktiviti di restoran seluruh dunia sebagai sebahagian daripada 'Hari Gastronomi Lestari' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bertujuan menggalakkan belia mengurangkan pembaziran makanan.

A
A
A

ROME - Forum Makanan Dunia (WFF) pada Selasa mengumumkan minggu aktiviti di restoran seluruh dunia sebagai sebahagian daripada 'Hari Gastronomi Lestari' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bertujuan menggalakkan belia mengurangkan pembaziran makanan.

Acara 'Minggu Restoran Gastronomi Lestari' (SGRW) yang pertama seumpamanya berlangsung selama seminggu dan mengetengahkan tema 'More Taste, Less Waste'.

SGRW bekerjasama dengan pelbagai restoran yang dimiliki oleh chef muda bagi mencipta menu bersama untuk kempen ini, lapor Xinhua.

Hidangan ini menggunakan bahan-bahan segar dan bermusim serta mengikut garis panduan masakan bagi membantu mengurangkan pembaziran makanan.

Menurut WFF, sekitar 17 peratus makanan dibazirkan di peringkat runcit dan pengguna.

Gastronomi lestari bertujuan mengelakkan pembaziran serta sebarang kemudaratan kepada sumber semula jadi.

Pada majlis pelancaran, Ketua Kebudayaan di WFF Lindsey Hook berkata bahawa kempen ini bertujuan memberi inspirasi kepada semua yang terlibat dalam sistem 'agrifood', termasuk pengguna dalam membuat pilihan yang lebih baik.

"Chef muda yang inovatif di seluruh dunia termasuk petani muda, sering dipandang rendah dan kurang dikenali orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Adalah penting untuk menyokong mereka dalam membuat sumbangan kepada pembangunan lestari,” kata pakar dari organisasi Eropah EIT Food, Glindys Virginia Luciano kepada Xinhua. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!