Individu, syarikat jalani transaksi kripto kini dalam radar LHDN

Abu Tariq ketika sidang media selepas menyampaikan sijil penyertaan program Tadbir Urus Percukaian Korporat di sini pada Rabu.
Abu Tariq ketika sidang media selepas menyampaikan sijil penyertaan program Tadbir Urus Percukaian Korporat di sini pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Individu dan syarikat yang menjalankan aktiviti perdagangan mata wang kripto dalam 'volume' besar kini berada dalam radar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata, beberapa individu dan syarikat terbabit telah dikenal pasti.

"Kami kini dalam proses menyemak data-data mereka bagi menentukan sama ada berlaku isu percukaian atau pun tidak," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil penyertaan program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TGC) di sini pada Rabu.

Menurutnya, 'volume' tinggi merujuk kepada kekerapan dan jumlah transaksi besar serta tidak membuat sebarang pelaporan cukai kepada LHDN.

"Apa-apa daripada keuntungan kripro ini adalah tertakluk kepada cukai," ujar beliau.

Jelasnya, LHDN telah mengeluarkan garis panduan berhubung dengan layanan percukaian bagi transaksi kripto.

"Kita telah buat penyataan sebelum ini mengenai garis panduan bagaimana seorang individu secara aktif menjalankan transaksi tersebut.

"Jika kurang pasti mengenai layanan cukai, kita syorkan hubungi LHDN," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini LHDN mengadakan operasi pematuhan khas, Ops Token selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan ketirisan hasil cukai dalam perdagangan mata wang kripto dan menambah baik pentadbiran cukai negara.

Operasi itu diadakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) di 10 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang secara serentak.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Tariq memaklumkan TGC dapat membangunkan dan mengukuhkan sistem dalaman syarikat bagi memastikan pematuhan cukai secara berterusan selain meningkatkan kepatuhan kepada standard etika serta integriti dalam urusan kewangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Individu, syarikat jalani transaksi kripto kini dalam radar LHDN Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Kripto #LHDN #Cukai #Ekonomi #Kewangan #AbuTariq

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!