RM24.2 juta dalam akaun bank hilang, 13 individu ditahan

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 individu warga tempatan berhubung kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan sebuah bank berjumlah RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 13 individu membabitkan lapan lelaki dan lima wanita telah ditahan bagi membantu siasatan bermula Khamis lalu hingga Selasa.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 53 tahun.

"Daripada jumlah itu, 12 daripadanya telah ditahan di Sabah dan seorang di Perlis.

"Empat daripada individu yang ditahan itu adalah kakitangan bank berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, 11 daripada yang ditahan sedang direman sehingga Jumaat ini dan seorang direman sehingga Khamis.

"Seorang daripada yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!