Tentera Darat gagalkan cubaan seludup 720kg daun ketum

Bungkusan mengandungi daun ketum ditemui dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.
Bungkusan mengandungi daun ketum ditemui dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.
A
A
A

KUALA NERANG - Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup 720 kilogram (kg) daun ketum di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada Selasa.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), pasukan operasi yang sedang melaksanakan Pos Pemerhati menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero pada jam 9 malam.

Menurut kenyataan itu, kenderaan terbabit didapati ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil siasatan mendapati terdapat 71 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan 720kg dianggarkan bernilai RM 57,600 dalam kenderaan tersebut.

"Kesemua bungkusan dan kenderaan dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM77,600 telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: