Astaf tawar PSM anjur Piala Asia 2025

Abdul Halim dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, tawaran berkenaan dibuat Jawatankuasa Tertinggi Astaf dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini setelah mesyuarat sebulat suara membuat keputusan melantik Malaysia selaku tuan rumah.
Abdul Halim dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, tawaran berkenaan dibuat Jawatankuasa Tertinggi Astaf dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini setelah mesyuarat sebulat suara membuat keputusan melantik Malaysia selaku tuan rumah.
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Asia (Astaf) menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan Astaf buat julung kalinya.

Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, tawaran berkenaan dibuat Jawatankuasa Tertinggi Astaf dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini setelah mesyuarat sebulat suara membuat keputusan melantik Malaysia selaku tuan rumah.

Justeru, beliau berharap supaya badan induk sukan yang diterajui Datuk Mohd Sumali Reduan dan Majlis Tertinggi PSM itu dapat mempertimbangkan tawaran terbabit dengan sebaiknya.

Abdul Halim berkata, faktor utama Malaysia diberi kepercayaan ditawarkan penganjuran Piala Asia 2025 bersandarkan kepada 10 asas kukuh dan praktikal antaranya Malaysia berjaya menganjurkan Piala Dunia Sepaktakraw Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dengan cemerlang pada 16 hingga 26 Mei lalu.

“... apa yang lebih mustahak adalah keprihatinan (Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh yang membolehkan PSM merealisasikan matlamat pelaksanaan penganjuran Piala Dunia Sepaktakraw Kuala Lumpur 2024 Istaf melalui pemberian geran penajaan sukan berjumlah RM1 juta.

“Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadikannya sebagai medan ujian bagi negara-negara yang akan terlibat dengan Sukan SEA Bangkok, Thailand 2025,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Abdul Halim yang juga Setiausaha Agung Istaf berkata, format bagi tiga acara akan dicadangkan kepada Federasi Sukan SEA di Bangkok melibatkan acara regu berpasukan, regu, double dan quadrant.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: