Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar di Jerman

Dua lelaki di Jerman rebah secara tiba-tiba selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui pada Selasa
Dua lelaki di Jerman rebah secara tiba-tiba selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui pada Selasa
A
A
A

BERLIN - Dua lelaki rebah secara tiba-tiba selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama dengan seorang lagi mangsa yang jatuh sakit hujung minggu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun di bandar Duisburg tidak sedarkan diri selepas menghisap rokok tercemar itu pada malam Sabtu.

Menurut polis, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dua insiden serupa dilaporkan pada Selasa melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang lagi berusia 45 tahun.

Susulan kejadian itu, seorang suspek telah ditahan kerana disyaki melanggar Akta Bahan Psikoaktif Baharu.

Bagaimanapun, pemeriksaan di rumah suspek tidak menemui sebarang bukti tambahan.

Penyiasat percaya bahawa penggunaan rokok yang mengandungi bahan tidak dikenali itu menyebabkan komplikasi kardiovaskular teruk yang boleh membawa maut. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!