Tabung Haji terima Anugerah Labbaittom buat kali ketiga

Perkongsian gambar oleh Mohd Na'im menerusi Facebook pada Rabu. FOTO: Facebook Mohd Na'im.
Perkongsian gambar oleh Mohd Na'im menerusi Facebook pada Rabu. FOTO: Facebook Mohd Na'im.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Arab Saudi telah menobatkan Malaysia melalui Tabung Haji (TH) sebagai penerima Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan buat kali ketiga berturut-turut.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut beliau, anugerah itu disampaikan dalam Majlis Penutup Musim Haji 1445H/2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Isnin.

“Saya memanjatkan ucapan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana menerima anugerah tersebut buat kali ketiga berturut-turut. Pencapaian ini amat membanggakan Malaysia.

“Saya berharap pengurusan TH sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyedia dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji Malaysia bagi tahun-tahun berikutnya.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kerana memilih Malaysia bagi anugerah berkenaan,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi telah menobatkan Malaysia melalui Tabung Haji (TH) sebagai penerima Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan buat kali ketiga berturut-turut. Foto Facebook Mohd Na'im
Kerajaan Arab Saudi telah menobatkan Malaysia melalui Tabung Haji (TH) sebagai penerima Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan buat kali ketiga berturut-turut. Foto Facebook Mohd Na'im

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut mengucapkan syabas kepada semua jemaah haji Malaysia yang memberi kerjasama dan berdisiplin sepanjang perjalanan Masyair.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerjasama tersebut membantu TH untuk mengenal pasti penyediaan perkhidmatan yang lebih baik.

“Semoga seluruh jemaah dikurniakan haji yang mabrur dan sentiasa menjadi insan bertakwa serta berusaha meninggikan syiar agama.

“Firman ALLAH SWT dalam potongan surah al-Hajj, ayat 32 bermaksud, sesiapa yang membesarkan syiar ALLAH SWT, maka sesungguhnya ia merupakan antara tanda ketakwaan jantung hati,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!