Inisiatif Program Qurban RISDA 2024 dekatkan hubungan warga RISDA, asnaf

Manndzri (tiga dari kanan) bersama Zainal Azni (dua dari kanan) turut menyampaikan sumbangan kepada peserta Program Qurban RISDA 2024.
Manndzri (tiga dari kanan) bersama Zainal Azni (dua dari kanan) turut menyampaikan sumbangan kepada peserta Program Qurban RISDA 2024.
A
A
A

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini mengadakan Program Qurban RISDA 2024 bagi menyantuni warga kerjanya dan golongan yang memerlukan dari kalangan asnaf dan anak yatim.

Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, program tahunan ini yang melibatkan seramai lebih 300 peserta dianjurkan di atas inisiatif dalam memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan santunan melalui ibadah korban serta menyemai nilai-nilai kerohanian.

“RISDA amat menggalakkan warga kerjanya bukan hanya dalam melaksanakan kerja hakiki bagi mencapai sasaran bagi memakmurkan masyarakat luar bandar terutamanya 500,000 warga pekebun kecil semata-mata, malah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja RISDA bagi menjayakan Aspirasi Desa Madani yang menjadi tonggak kepada hala tuju Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Sebanyak 12 ekor lembu ditumbangkan oleh petugas warga RISDA Ibu Pejabat dan Kumpulan RISDA Holdings untuk diagihkan kepada seluruh penerima yang layak serta menepati kriteria yang telah ditetapkan” ujar beliau.

Mandzri ketika berucap pada Program Qurban RISDA 2024, hari ini.
Mandzri ketika berucap pada Program Qurban RISDA 2024, hari ini.

Mengulas program hari ini, beliau menambah, RISDA turut menyediakan sebanyak RM52,000 yang diagihkan kepada 13 pejabat RISDA Negeri bagi melaksanakan ibadah berkenaan, di mana setiap negeri menerima RM4,000 untuk melaksanakan program di negeri masing-masing.

Dalam masa sama juga, Yayasan RISDA turut menyumbang 13 ekor lembu bagi pelaksanaan program korban di setiap negeri.

Pada program sama, RISDA berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap satu kepada dua pertubuhan iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang dan Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Hulu Langat.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli yang baharu dilantik mulai 7 Jun 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!