Harga diesel kekal pada minggu kedua penyasaran subsidi

Harga diesel kekal pada paras RM3.35 sen seliter pada minggu kedua pelaksanaan penyasaran subsidi bahan bakar itu.
Harga diesel kekal pada paras RM3.35 sen seliter pada minggu kedua pelaksanaan penyasaran subsidi bahan bakar itu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga diesel kekal pada paras RM3.35 sen seliter pada minggu kedua pelaksanaan penyasaran subsidi bahan bakar itu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi tempoh 20 hingga 26 jun memaklumkan, harga runcit petrol RON97 dan RON95 turut dikekalkan masing-masing pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter.

"Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter," kata kementerian itu pada Rabu.

Ujar MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: