Israel palu gendang perang di Lubnan pula

Asap tebal memenuhi ruang udara susulan kempen pengeboman ke atas perkampungan Khiam di selatan Lubnan berhampiran sempadan pada awal bulan lalu. Foto AFP
Asap tebal memenuhi ruang udara susulan kempen pengeboman ke atas perkampungan Khiam di selatan Lubnan berhampiran sempadan pada awal bulan lalu. Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Tentera Israel pada Selasa memaklumkan pelan ofensif di Lubnan mendapat lampu hijau, di tengah-tengah pertempuran rentas sempadan yang semakin meningkat bersama pejuang Hizbullah.

“Rancangan operasi itu telah diluluskan selepas pertemuan para komander untuk menilai situasi,” ujar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan yang dikhuatiri akan memburukkan lagi situasi di Asia Barat.

Pengumuman tentang paluan gendang perang itu dibuat selepas Menteri Luar, Israel Katz mengancam untuk menghapuskan Hizbullah yang melancarkan serangan ke atas sempadan Tel Aviv sebagai simbol solidariti dengan penduduk Gaza.

Amaran terbaharu itu dikeluarkan selepas Israel menghentikan sementara kempen pengeboman ganas ke atas bandar Rafah pada akhir lalu kononnya untuk memberi akses kepada penghantaran bantuan kemanusiaan sempena Aidiladha.

Di tengah Gaza, saksi mendakwa bunyi tembakan dan bedilan artileri masih kedengaran di kem pelarian Nuseirat yang meragut 13 nyawa.

Pertempuran sengit juga dilaporkan masih berlaku di utara enklaf tersebut setelah IDF melancarkan semula operasi ketenteraan di bawah perang genosid di Gaza. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: