Tukar 'motocross' curi dengan pisang goreng
DEPOK - Gelagat dua orang pencuri motosikal lasak atau motocross di Depok, Jawa Barat tular selepas rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelaku menukar sebungkus pisang goreng dengan motosikal mangsa.
Klip rakaman mendedahkan seorang pelaku memasuki rumah mangsa sambil membawa bungkusan pisang goreng lalu meninggalkannya di pekarangan rumah mangsa, sementara seorang lagi pelaku menunggu di luar.
Setelah berhasil melakukan 'pertukaran', pelaku membawa lari sebuah 'motocross' berwarna merah milik mangsa.
Dalam pada itu, polis Kompol mengesahkan kejadian itu dan sedang menjejak pelaku.
"Ia kita sedang lakukan siasatan menyeluruh dan pihak polis sudah pergi ke lokasi kejadian" ujar Kapolsek Beji Kompol Jupriono.- Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline Gelagat dua orang pencuri motosikal lasak atau motocross di Depok, Jawa Barat tular selepas rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelaku menukar sebungkus pisang goreng dengan motosikal mangsa. Klip rakaman mendedahkan seorang pelaku memasuki rumah mangsa sambil membawa bungkusan pisang goreng lalu meninggalkannya di pekarangan rumah mangsa, sementara seorang lagi pelaku menunggu di luar. Setelah berhasil melakukan 'pertukaran', pelaku membawa lari sebuah 'motocross' berwarna merah milik mangsa. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Pencuri#Indonesia original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!