'Khabar duka' buat Barat, Rusia-Korea Utara meterai perjanjian pertahanan

Hubungan Putin (kiri) dan Jong-un semakin erat malah pemimpin Pyongyang itu menggelar beliau sebagai 'sahabat disayangi rakyat Korea'. - Foto AFP
Hubungan Putin (kiri) dan Jong-un semakin erat malah pemimpin Pyongyang itu menggelar beliau sebagai 'sahabat disayangi rakyat Korea'. - Foto AFP
A
A
A

PYONGYANG - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu menandatangani perjanjian pertahanan bersama dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang menzahirkan sokongan penuh terhadap operasi ketenteraan di Ukraine.

Ikrar kerjasama ketenteraan itu adalah sebahagian daripada perjanjian strategik yang dimeterai ketika sidang kemuncak di Pyongyang, di mana Putin membuat lawatan pertama dalam tempoh 24 tahun.

"Dokumen itu adalah simbol 'kejayaan' kerana ia menyediakan bantuan bersama jika berlaku pencerobohan terhadap salah satu pihak," ujar Putin.

Kedua-dua negara itu telah menjadi sekutu sejak Korea Utara diasaskan setelah Perang Dunia Kedua berakhir malah hubungan kedua-duanya makin erat sejak ofensif dilancarkan ke atas Kiev pada 2022 dan Putin 'dipulaukan' di pentas dunia.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya menuduh Pyongyang membekalkan peluru dan misil kepada Moscow untuk bertempur di Ukraine.

Putin dalam satu kenyataan memaklumkan Kremlin juga tidak menolak kerjasama teknikal tentera bersama Korea Utara selepas menandatangani perjanjian pertahanan tersebut.

Jong-un turut menggelar Putin sebagai 'sahabat disayangi rakyat Korea' dan menyatakan sokongan secara konsisten terhadap Rusia meskipun berdepan siri sekatan ketat Barat.

"Kami tidak akan sesekali bertolak-ansur dengan 'pemerasan' Barat dan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak terbatas mengikut telunjuk AS dan sekutunya di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) wajar dikaji semula," tegas Putin lagi.

Artikel Berkaitan:

Pemimpin tersebut tiba di Pyongyang sebelum waktu Subuh dan turut disambut mesra oleh Jong-un dengan hamparan karpet merah.

Kedua-dua sahabat baik itu kemudiannya menghadiri majlis sambutan khas buat Putin di Dataran Kim Il Sung yang turut dimeriahkan dengan persembahan tarian.

Difahamkan, sidang kemuncak antara empat mata itu merupakan pertemuan kedua Putin dan Jong-un dalam tempoh setahun.

Pada September lalu, Jong-un menaiki kereta api kalis peluru ke kawasan Timur Jauh Rusia untuk bertemu dengan Putin. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!