Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[WACANA SINAR] Potensi Masa Depan

19 Jun 2024 | Wacana
A
A
A
Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara (HTN) 2024 yang disambut pada 7 hingga 8 Jun lalu amat signifikan terhadap usaha pembangunan modal insan di negara ini khususnya dalam bidang kemahiran teknikal.

HTN 2024 diakui merupakan antara inisiatif terbaik kerajaan untuk menggalakkan lagi penyertaan pelajar mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam TVET. Sempena HTN 2024 turut menyaksikan peluncuran Dasar TVET Negara 2030 yang bakal mengubah hala tuju pembangunan bidang itu.

Pemerkasaan TVET memerlukan satu polisi khusus bagi memastikan program latihan yang ditawarkan relevan dengan pekerjaan semasa dan masa hadapan khususnya bagi memenuhi keperluan industri yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (high growth high value, HGHV).

Tumpuan utama Dasar TVET Negara 2030 adalah untuk melahirkan pekerja berkemahiran yang berdaya saing di peringkat global seterusnya menjanjikan pendapatan yang tinggi. Ketahui lebih lanjut potensi bidang TVET dan hala tuju karier yang boleh dicapai pada masa depan.

Saksikan perbincangan isu penting ini dalam Wacana Sinar edisi 444, "Potensi Masa Depan" sekarang secara langsung di Studio F Karangkraf Shah Alam atau di platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=j8sWqdbgG0o

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1003087028198208

X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1803404769643602177

#Wacana #SinarHarian #MalaysiaMadani #TVET #HTN2024 #PembangunanModalInsan #KemahiranTeknikal #DasarTVETNegara2030