Bekas Pengarah Urusan MAS meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 87, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang lewat malam tadi.
Allahyarham pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAS 1982 hingga 1992.
Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangannya dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
Berita pemergian Allahyarham dikongsi di laman Facebook Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM).
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi ini untuk solat jenazah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!