Bunuh kawan baik gara-gara dituduh mencuri

Tertuduh Andi Arianto, 26, warga Kelurahan Bayung Lencir. Foto Agensi
Tertuduh Andi Arianto, 26, warga Kelurahan Bayung Lencir. Foto Agensi
A
A
A

MUSI BANYUASIN - Seorang lelaki ditahan polis Bayung Lencir pada Selasa, selepas didapati bersalah membunuh sahabat baiknya sendiri kerana berang apabila dituduh mencuri.

Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Musi Banyuasin, AKBP Imam Safi'i yang mengesahkan tangkapan itu menjelaskan kejadian pembunuhan itu dilakukan pelaku pada 16 Jun lalu.

"Alhamdulillah kita berjaya menangkap pelaku, bagaimanapun kita masih lakukan siasatan sama ada wujud penyebab lain selain rasa sakit hati pelaku akibat dituduh mencuri," katanya pada Selasa.

Tertuduh dikenali sebagai Andi Arianto, 26, warga Kelurahan Bayung Lencir, Kecamatan Bayung Lencir, Musi Banyuasin, Sumatra Selatan, sementara mangsa dikenali sebagai Eri Marsoni, 35.

Dilaporkan Eri maut setelah ditikam oleh Andi dengan sebilah pisau di bahagian dada.

Pelaku berhadapan dengan tindakan undang-undang menurut Fasal 338 KUHP yang menetapkan hukuman penjara lebih dari lima tahun. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!